Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 19

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Agensi.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Agensi.

(4)

Agensi hendaklah meletakhakkan apa-apa kuasa pada dan mengenakan apa-apa kewajipan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

(5)

Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara yang berhubungan dengan dasar dan haluan strategik Agensi tanpa kelulusan Majlis.

(6)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini.

(7)

Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar sebagaimana yang disebut dalam subsekyen (6)

jika dia—

(a)

membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;

(b)

tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;

(c)

telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

(d)

semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik Kerajaan dan Agensi.

Pengambilan khidmat pegawai dan pekerja

Section 19 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my