Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 20

(2)

Pegawai dan pekerja Agensi hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku yang ditentukan oleh Agensi.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja Agensi jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Agensi.

(4)

Agensi boleh menerima pakai apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut.

Kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekerja

Section 20 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my