Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 36

(2)

Dalam hal sesuatu amanah selain amanah khairat, pemegang amanah boleh mewakilkan mana-mana kuasa atau fungsi di bawah

Akta ini dan amanah itu kecuali—

(a)

apa-apa fungsi yang berhubungan dengan cara bagaimana apa-apa harta amanah Labuan itu patut dibahagikan;

(b)

apa-apa kuasa untuk memutuskan sama ada apa-apa fi atau bayaran lain yang kena dibuat daripada wang amanah patut dibuat daripada pendapatan atau modal;

(c)

apa-apa kuasa untuk melantik seseorang menjadi pemegang amanah bagi amanah itu; atau

(d)

apa-apa kuasa yang diberikan oleh surat cara amanah yang membenarkan pemegang amanah untuk mewakilkan apa-apa fungsinya atau untuk melantik seseorang untuk bertindak sebagai penama atau penjaga.

(3)

Dalam hal suatu amanah khairat, pemegang amanah boleh mewakilkan fungsinya seperti yang berikut:

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(a)

apa-apa fungsi yang berhubungan dengan melaksanakan sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh pemegang amanah;

(b)

apa-apa fungsi yang berhubungan dengan pelaburan harta tertakluk kepada amanah itu (termasuklah, dalam hal tanah yang dipegang sebagai pelaburan, mengurus tanah itu dan mewujudkan atau melupuskan suatu kepentingan mengenai tanah itu); dan

(c)

apa-apa fungsi yang berhubungan dengan cara meningkatkan kumpulan wang amanah itu selain melalui cara keuntungan perdagangan yang menjadi suatu bahagian penting dalam menjalankan maksud khairat amanah itu.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(c), sesuatu perdagangan adalah bererti suatu bahagian penting dalam menjalankan maksud khairat amanah jika keuntungan itu digunakan semata-mata bagi maksud amanah itu dan sama ada—

(a)

perdagangan itu dijalankan dalam penjalanan sebenar maksud utama amanah itu; atau

(b)

kerja yang berkaitan dengan perdagangan itu sebahagian besarnya dijalankan oleh benefisiari amanah itu.

(5)

Pemegang amanah tidak boleh mewakilkan kuasanya kepada mana-mana orang yang bertindak sebagai ejennya atas mana-mana terma yang berikut melainkan jika menjadi perlu secara munasabahnya untuk berbuat demikian:

(a)

suatu terma yang membenarkan ejen itu melantik seorang pengganti;

(b)

suatu terma yang menyekat liabiliti ejen atau penggantinya kepada pemegang amanah atau mana-mana benefisiari; atau

(c)

suatu terma yang membenarkan ejen itu bertindak dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan.

Amanah Labuan 49

(6)

Pemegang amanah yang dengan suci hati dan tidak abai membuat suatu pelantikan atau pewakilan mengikut peruntukan Akta ini tidak boleh dipertanggungkan bagi apa-apa kerugian kepada amanah yang berbangkit akibat pelantikan atau pewakilan itu atau daripada mana-mana orang yang dilantik atau wakil jika pemegang amanah itu telah menggunakan kemahiran dan ketelitian yang sewajarnya semasa memilih orang yang dilantik atau wakil itu.

Pewakilan kuasa berhubung dengan fungsi pengurusan harta