Malaysia legislation

Section 36A

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 36A

(2)

Pemegang amanah tidak boleh mewakilkan fungsi pengurusan hartanya kepada mana-mana orang sebagai ejennya kecuali melalui suatu perjanjian dalam bentuk bertulis atau yang dibuktikan secara bertulis dan melainkan jika—

(a)

pemegang amanah itu telah memberikan kepada orang itu suatu pernyataan yang memberi panduan bertulis tentang bagaimana fungsi itu patut dijalankan (kemudian daripada ini disebut “pernyataan dasar”); dan

(b)

perjanjian yang di bawahnya ejen itu bertindak termasuk suatu terma yang mempunyai kesan bahawa dia akan mematuhi—

(i)

pernyataan dasar itu; atau

(ii)

sekiranya pernyataan dasar itu diubah atau digantikan, pernyataan dasar yang telah diubah atau digantikan itu.

(3)

Pemegang amanah hendaklah merangka apa-apa panduan yang diberikan dalam pernyataan dasar itu dengan tujuan untuk memastikan bahawa fungsi itu akan dijalankan demi kebaikan amanah itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, fungsi pengurusan aset pemegang amanah adalah fungsi mereka yang berhubungan dengan—

(a)

pelaburan aset tertakluk kepada amanah itu;

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(b)

pemerolehan harta yang hendaklah tertakluk kepada amanah itu; dan

(c)

pengurusan harta yang tertakluk kepada amanah dan pelupusan, atau pewujudan atau pelupusan suatu kepentingan dalam, harta itu.

Kajian semula ejen