Malaysia legislation
Section 36B
Seksyen 36B
(2)
Jika seseorang ejen dilantik untuk menjalankan apa-apa fungsi pemegang amanah yang boleh diwakilkan, pemegang amanah hendaklah mempunyai kewajipan:
(a)
mengkaji semula perkiraan yang di bawahnya ejen itu bertindak dan cara bagaimana perkiraan itu dilaksanakan; dan
(b)
menjalankan apa-apa kuasa campur tangan yang ada padanya jika hal keadaan menjadikannya wajar berbuat demikian.
(3)
Sekiranya ejen itu telah diberi kuasa untuk menjalankan fungsi pengurusan harta, kewajipan di bawah subseksyen 36A(2) hendaklah termasuk—
(a)
suatu kewajipan untuk menimbangkan sama ada wujudnya apa-apa keperluan untuk mengkaji semula atau menggantikan pernyataan dasar yang dibuat bagi maksud seksyen 36A;
(b)
sekiranya pemegang amanah berpendapat bahawa pernyataan dasar itu perlu dikaji semula atau digantikan, kewajipan untuk berbuat demikian; dan
(c)
kewajipan untuk menilai sama ada pernyataan dasar itu dipatuhi.
(4)
Dalam seksyen ini, “kuasa campur tangan” termasuk—
Amanah Labuan 51
(a)
kuasa untuk memberikan arahan kepada ejen; dan
(b)
kuasa untuk membatalkan pewakilan kuasa dan fungsi kepada ejen atau pelantikan ejen itu.
Surat kuasa wakil