Malaysia legislation

Section 46E

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 46E

(2)

Kewajipan pemegang amanah untuk memegang simpan syer yang ditetapkan itu hendaklah mempunyai keutamaan ke atas apa-apa kewajipan untuk memelihara atau meningkatkan nilai kumpulan wang amanah itu.

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), pemegang amanah tidak bertanggungjawab bagi kerugian yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pemegangan syer yang ditetapkan, termasuklah kerugian yang berbangkit daripada mana-mana hal keadaan yang berikut:

Amanah Labuan 69

(a)

ketiadaan atau ketidakcukupan pulangan kewangan daripada mana-mana syer yang ditetapkan;

(b)

penurunan nilai mana-mana syer yang ditetapkan;

(c)

apa-apa perbuatan atau peninggalan pengarah syarikat, tanpa mengira sama ada perbuatan atau peninggalan itu dibuat atau dilakukan dengan suci hati atau tidak;

(d)

pelikuidasian atau penerima syarikat itu;

(e)

turun naik pasaran syer;

(f)

kehilangan peluang untuk membuat keuntungan daripada pelaburan semula hasil syer yang ditetapkan; atau

(g)

liabiliti dan perbelanjaan syarikat itu, termasuklah saraan dan perbelanjaan pengarah.

(4)

Tiap-tiap sebutan dalam subseksyen (3) mengenai syarikat hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana perbadanan yang berkaitan dengannya.

Sekatan ke atas kuasa pemegang amanah