Malaysia legislation
Section 46F
Seksyen 46F
(2)
Kuasa mengundi atau kuasa lain berkenaan dengan syer yang ditetapkan tidak boleh dijalankan oleh pemegang amanah untuk campur tangan dalam pengurusan atau penjalanan mana-mana perniagaan syarikat, dan khususnya, pemegang amanah—
(a)
hendaklah meninggalkan penjalanan tiap-tiap perniagaan sedemikian, dan semua keputusan tentang pembayaran atau perbuatan tidak membayar dividen, kepada pengarah syarikat; dan
(b)
tidak boleh menghendaki pengisytiharan atau pembayaran apa-apa dividen oleh syarikat atau menjalankan apa-apa kuasa yang dipunyai oleh
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
pemegang amanah untuk memaksa perisytiharan atau pembayaran sedemikian.
(3)
Pemegang amanah syer yang ditetapkan tidak boleh—
(a)
memulakan atau menyokong apa-apa tindakan oleh syarikat terhadap mana-mana pengarahnya bagi pelanggaran kewajipan terhadap syarikat;
(b)
mendapatkan pelantikan atau penyingkiran mana-mana pengarah;
(c)
tertakluk kepada seksyen 46I, menggulungkan syarikat itu; dan
(d)
tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, memohon kepada Mahkamah apa-apa bentuk relief atau remedi berkaitan dengan syarikat.
Peruntukan yang berhubungan dengan pengarah