Malaysia legislation
Section 46G
Seksyen 46G
(a)
pelantikan pengarah syarikat;
(b)
penyingkiran pengarah;
(c)
ganjaran pengarah; atau
(d)
apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (2), dan boleh membuat peruntukan bagi kaedah-kaedah itu untuk dipinda.
(2)
Kaedah-kaedah jawatan pengarah boleh, secara khususnya—
(a)
menghendaki pemegang amanah untuk memastikan bahawa orang tertentu memegang atau mengekalkan jawatan sebagai pengarah;
Amanah Labuan 71
(b)
menghendaki mana-mana orang dilantik ke jawatan pengarah pada suatu tarikh hadapan atau apabila berlakunya sesuatu kejadian pada masa hadapan;
(c)
menghendaki penyingkiran pengarah dalam hal keadaan yang dinyatakan;
(d)
menetapkan, tertakluk kepada kehendak memorandum dan perkara-perkara suatu syarikat dan apa-apa undang-undang bertulis yang terpakai bagi syarikat itu, bilangan minimum dan maksimum pengarah untuk memegang jawatan pada bila-bila masa;
(e)
menghendaki pemegang amanah, berhubung dengan pelantikan dan penyingkiran pengarah, untuk bertindak secara am atau dalam apa-apa hal keadaan tertentu atas keputusan pihak ketiga atau jawatankuasa;
(f)
memperuntukkan bagi kewajipan berbincang atau fidusiari atas seseorang atau jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (e); atau
(g)
memperuntukkan bagi penubuhan, penerusan, dan tatacara jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (e).
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (9) dan seksyen 46H, pemegang amanah hendaklah pada setiap masa menggunakan kuasa mengundinya dan kuasa lain, setakat yang dibenarkan oleh kuasa itu, untuk memastikan—
(a)
bahawa syarikat mempunyai sekurang-kurangnya bilangan pengarah yang minimum untuk memenuhi kehendak memorandum dan perkara-perkaranya dan apa-apa undang-undang bertulis yang terpakai bagi syarikat itu; dan
(b)
bahawa, kecuali dalam hal yang dikecualikan, identiti pengarah syarikat mematuhi kaedah-kaedah jawatan pengarah, jika ada, yang sedang terpakai.
(4)
Tiada seorang pun yang menjadi atau yang kekal sebagai pengarah syarikat, sama ada disebabkan oleh kaedah-kaedah jawatan pengarah atau selainnya, boleh, atas sifatnya sebagai pengarah, mempunyai obligasi fidusiari atau obligasi lain di bawah amanah,
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
atau mempunyai apa-apa obligasi fidusiari atau obligasi lain kepada pemegang amanah, tetapi tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh menyentuh apa-apa kewajipan yang orang itu terhutang, sebagai pengarah, kepada syarikat itu.
(5)
Orang yang pelantikannya boleh diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah jawatan pengarah termasuk—
(a)
seseorang pembuat amanah atau pelindung amanah; dan
(b)
kedua-dua orang yang ditentukan dan boleh ditentukan.
(6)
Pemegang amanah tidak menanggung apa-apa liabiliti kerana mendapatkan, membenarkan atau tidak membantah pelantikan seseorang pengarah jika pelantikan itu mematuhi kaedah-kaedah jawatan pengarah.
(7)
Jika tidak terdapat kaedah-kaedah jawatan pengarah, dan dalam hal yang dikecualikan, pemegang amanah tidak menanggung apa-apa liabiliti kerana mendapatkan, membenarkan, atau tidak membantah, pelantikan seseorang pengarah yang dipilih oleh pemegang amanah itu sendiri, sekiranya—
(a)
pemegang amanah itu memutuskan dengan suci hati bahawa pelantikan yang berkenaan itu selaras dengan hasrat pembuat amanah; dan
(b)
pemilihan itu tidak bermotivasikan hasrat di pihak pemegang amanah itu untuk mengurangkan risiko perniagaan, kecuali pada takat, sekiranya, bahawa pemegang amanah itu memutuskan dengan suci hati bahawa suatu pengurangan risiko itu adalah selaras dengan hasrat pembuat amanah.
(8)
Bagi maksud seksyen ini, suatu hal dikecualikan ialah apa-apa hal yang sama ada—
(a)
kaedah-kaedah jawatan pengarah tidak membuat peruntukan mengenai hal itu; atau
(b)
terdapat peruntukan sedemikian dalam kaedah-kaedah itu membuat peruntukan itu tetapi pemegang amanah memutuskan dengan suci hati bahawa adalah tidak mungkin, tidak sah, tidak praktik, atau tidak selaras
Amanah Labuan 73
dengan hasrat pembuat amanah, untuk memastikan pematuhan kaedah-kaedah dalam hal keadaan itu.
(9)
Pemegang amanah tidak mempunyai kewajipan untuk—
(a)
bertindak menurut subseksyen (3) melainkan jika dan sehingga ia menerima notis sebenar bahawa hal keadaan yang menghendaki tindakan sedemikian telah berbangkit; atau
(b)
menyiasat tentang sama ada hal keadaan yang menghendaki tindakan menurut subseksyen (3) wujud.
(10)
Jika, atas apa-apa persoalan yang berkenaan dengan pelantikan pengarah, pemegang amanah membuat permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen 49, Mahkamah, dalam memberikan arahannya, tidak boleh bermaksud untuk mengurangkan risiko perniagaan, kecuali pada takat, sekiranya, yang Mahkamah memutuskan bahawa pengurangan itu akan selaras dengan hasrat pembuat amanah.
Campur tangan oleh pemegang amanah dalam pengurusan dalam hal keadaan yang ditetapkan