Malaysia legislation

Section 46H

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 46H

(2)

Suatu surat cara amanah boleh menentukan satu alasan dibenarkan atau lebih alasan yang dibenarkan bagi aduan.

(3)

Apabila menerima suatu tuntutan campur tangan, pemegang amanah hendaklah, sekiranya berpuas hati bahawa aduan itu berasas, mengambil apa-apa tindakan, sekiranya ada, yang difikirkannya sesuai untuk menangani aduan itu demi kepentingan amanah itu dan boleh termasuk seperti yang berikut:

(a)

membuat atau mendapatkan perubahan dalam jawatan pengarah syarikat itu mengikut peruntukan memorandum dan perkara-perkaranya dan apa-apa undang-undang bertulis yang terpakai bagi syarikat itu, tetapi selainnya

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh pemegang amanah, dengan syarat bahawa dalam pembuatan, pendapatan atau pengekalan apa-apa perubahan sedemikian, pemegang amanah boleh tidak mengambil kira perenggan 46G(3)(b) jika dan selagi, pada pendapat pemegang amanah itu, adalah suai manfaat untuk berbuat demikian bagi maksud menangani aduan itu;

(b)

mendapatkan tindakan oleh syarikat itu untuk mendapat balik apa-apa kerugian yang disebabkan oleh perbuatan yang membangkitkan aduan itu; atau

(c)

mendapatkan apa-apa nasihat mengenai aduan itu dan mengenai cara menguruskannya sebagaimana yang pemegang amanah fikirkan patut.

(4)

Dalam menimbangkan dan mengambil tindakan di bawah subseksyen (3), pemegang amanah hendaklah—

(a)

mengambil kira—

(i)

apa-apa hasrat pembuat amanah; dan

(ii)

pelaksanaan fungsi syarikat dengan efisien; dan

(b)

tidak mengambil kira risiko perniagaan, kecuali pada takat bahawa—

(i)

alasan bagi aduan itu terdiri daripada atau berbangkit daripada perbalahan di kalangan pengarah tentang risiko perniagaan; atau

(ii)

apa-apa hasrat pembuat amanah yang menghendaki risiko perniagaan itu diambil kira.

(5)

Selepas bertindak menurut subseksyen (3), atau memutuskan untuk tidak bertindak, obligasi pemegang amanah untuk campur tangan hendaklah berakhir melainkan jika dan sehinggalah suatu tuntutan campur tangan yang lain dibuat.

(6)

Menjadi suatu alasan bagi menolak untuk bertindak atas suatu tuntutan campur tangan jika, selain apa-apa sebab lain untuk menolak, tuntutan itu dibuat yang sebahagian besar alasan yang sama yang dibuat sebelum ini, dan pemegang amanah mendapati bahawa

Amanah Labuan 75

tiada apa-apa sebab untuk mengubah, atau mengambil tindakan lanjut atas, keputusan yang telah dibuatnya dahulu.

(7)

Jika suatu surat cara amanah menentukan satu atau lebih alasan yang dibenarkan bagi aduan itu, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(a)

orang berkepentingan boleh meminta pemegang amanah untuk memberikan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal syarikat dan apa-apa syarikat berkaitan yang dikehendaki secara munasabahnya oleh orang itu untuk memutuskan sama ada suatu tuntutan campur tangan adalah perlu, dan pemegang amanah hendaklah menggunakan segala usaha munasabah untuk memberikan maklumat itu dan boleh, jika didapati perlu bagi maksud ini, mendapatkan penggantian mana-mana pengarah oleh wakil pemegang amanah itu sendiri;

(b)

jika terdapat seorang penyiasat dilantik dia hendaklah mempunyai kewajipan yang berikut:

(i)

kewajipan untuk membuat siasatan munasabah tentang sama ada wujudnya alasan dibenarkan bagi aduan seberapa kerap yang ternyata sesuai dalam hal keadaan itu, dan tidak kurang daripada sekali dalam tempoh dua belas bulan;

(ii)

kewajipan untuk membuat tuntutan campur tangan di bawah seksyen ini, dan memberikan pemegang amanah bukti mengenai alasan yang berkaitan dengan aduan itu, bilamana ternyata padanya adalah wajar;

(c)

jika tidak terdapat penyiasat dilantik, pemegang amanah hendaklah menggunakan segala usaha munasabah untuk memastikan bahawa pada setiap masa sekurang-kurangnya seorang orang berkepentingan yang berkeupayaan penuh diberikan dokumen dan maklumat yang berikut berkenaan dengan amanah itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa hak orang itu untuk mendapatkan dokumen dan maklumat selain perenggan ini:

(i)

salinan surat cara amanah dan dokumen amanah lain;

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(ii)

nama dan alamat pemegang amanah;

(iii)

nama, pejabat berdaftar dan tempat perniagaan utama syarikat;

(iv)

nama dan alamat semua pengarah syarikat;

(v)

jenis aktiviti semasa syarikat itu, dengan syarat bahawa, jika boleh dilaksanakan, manamana orang yang kepadanya maklumat itu diberikan di bawah perenggan ini hendaklah orang yang, pada pendapat munasabah pemegang amanah itu, telah memperoleh, atau berkemungkinan memperoleh, melalui pelantikan atau selainnya, sebahagian besar kepentingan saksama dalam beberapa atau semua syer yang ditetapkan atau hasilnya atau ialah ibu atau bapa atau penjaga di sisi undang-undang orang itu.

(8)

Semua perbelanjaan yang dilakukan dalam menangani suatu tuntutan campur tangan atau menimbangkan aduan yang menjadi asas tuntutan campur tangan itu, termasuklah saraan pemegang amanah, jika berkenaan, dan kos bagi apa-apa nasihat, hendaklah ditanggung oleh kumpulan wang amanah dan pendapatannya pada apa-apa kadar yang diputuskan oleh pemegang amanah, dan jika ada apa-apa kekurangan dalam dana cair, pemegang amanah boleh mengambil apa-apa langkah yang sedia ada kepada pemegang amanah itu di bawah memorandum dan perkara-perkara syarikat dan apa-apa undang-undang bertulis yang terpakai bagi syarikat itu, untuk menampung kurangan itu daripada dividen syarikat dan boleh, jika didapatinya perlu bagi maksud ini, mendapatkan penggantian mana-mana pengarah dengan wakil pemegang amanah itu sendiri.

(9)

Pemegang amanah hendaklah, jika boleh dilaksanakan, mendapatkan penyingkiran daripada jawatan pengarah yang dilantik bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (7)(a) atau subseksyen (8) apabila maksud yang baginya pengarah itu dilantik telah tercapai, jika penyingkiran itu wajar bagi maksud apa-apa tindakan yang diputuskan oleh pemegang amanah menurut subseksyen (3) atau, tertakluk kepada tindakan itu, bagi maksud pematuhan kaedah-kaedah jawatan pengarah.

Amanah Labuan 77

Kuasa pelupusan syer yang ditetapkan

Section 46H — AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996 | mylaw.my