Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu telah, berkenaan dengan permintaan itu, gagal mematuhi terma mana-mana triti atau perjanjian lain antara
Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu;
(b)
permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang bagi suatu kesalahan yang merupakan, atau yang oleh sebab hal keadaan yang
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
dalamnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan atau telah dilakukan, suatu kesalahan yang bersifat politik;
(c)
permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan sesuatu perbuatan atau peninggalan yang, jika perbuatan atau peninggalan itu telah berlaku di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan tentera di bawah undang-undang Malaysia yang bukan suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah biasa Malaysia;
(d)
terdapat alasan substansial untuk mempercayai bahawa permintaan itu telah dibuat bagi maksud untuk menyiasat, mendakwa, menghukum atau selainnya menyebabkan kemudaratan kepada seseorang kerana ras, agama, jantina, keturunan etnik, kerakyatan atau pendapat politik orang itu;
(e)
permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang bagi suatu kesalahan dalam hal apabila orang itu—
(i)
telah disabitkan, dibebaskan atau diberi pengampunan oleh suatu mahkamah yang berwibawa atau pihak berkuasa lain Negara asing yang ditetapkan itu; atau
(ii)
telah menjalani hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, berkenaan dengan kesalahan itu atau kesalahan lain yang terdiri daripada perbuatan atau peninggalan yang sama sebagaimana kesalahan yang mula-mula disebut itu;
(f)
permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan suatu perbuatan atau peninggalan yang, jika perbuatan atau peninggalan itu telah berlaku di Malaysia, tidak akan menjadi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia;
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 29
(g)
fakta yang menjadi kesalahan yang dengannya permintaan itu berkaitan tidak menunjukkan suatu kesalahan yang cukup berat;
(h)
benda yang diminta itu boleh dengan munasabahnya didapati dengan cara lain;
(i)
pemberian bantuan itu akan menjejaskan kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan awam yang perlu yang lain di Malaysia;
(j)
pihak berkuasa yang berkenaan gagal untuk mengaku janji bahawa benda yang diminta itu tidak akan digunakan bagi sesuatu perkara selain perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat;
(k)
dalam hal sesuatu permintaan bagi bantuan di bawah seksyen 22, 23, 24, 25 dan 26 atau seksyen 35, 36, 37 dan 38, pihak berkuasa yang berkenaan gagal untuk mengaku janji untuk memulangkan kepada Peguam Negara, atas permintaannya, apa-apa benda yang diperoleh menurut permintaan itu apabila selesai perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat;
(l)
pemberian bantuan itu boleh memudaratkan suatu perkara jenayah di Malaysia; atau
(m)
pemberian bantuan itu akan memerlukan langkah diambil yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
(2)
Perenggan (1)(j) tidaklah terpakai jika kegagalan untuk mengaku janji bahawa benda yang diminta tidak akan digunakan untuk suatu perkara selain perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat adalah dengan persetujuan Peguam
Negara.
(3)
Sesuatu permintaan oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan bagi bantuan di bawah Bahagian ini boleh ditolak oleh Peguam
Negara—
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
(a)
menurut terma mana-mana triti atau perjanjian lain antara
Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu;
(b)
jika, pada pendapat Peguam Negara, pemberian bantuan itu akan, atau berkemungkinan akan, menjejaskan keselamatan mana-mana orang, sama ada orang itu berada di dalam atau di luar Malaysia;
(c)
jika, pada pendapat Peguam Negara, pemberian bantuan itu akan mengenakan suatu beban yang berlebih-lebihan ke atas sumber-sumber Malaysia; atau
(d)
jika Negara asing itu bukanlah suatu Negara asing yang ditetapkan dan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu gagal memberikan suatu aku janji kepada Peguam
Negara bahawa Negara asing itu akan, tertakluk pada undang-undangnya, mematuhi suatu permintaan pada masa hadapan oleh Malaysia kepada Negara asing itu bagi bantuan dalam suatu perkara jenayah.
(4)
Tanpa menjejaskan perenggan (3)(c), jika terdapat suatu permintaan bagi bantuan oleh suatu Negara asing yang ditetapkan dan
Peguam Negara berpendapat bahawa perbelanjaan yang terlibat dalam mematuhi permintaan itu atau meneruskan pemberian bantuan yang diminta itu luar biasa atau besar sifatnya, Peguam Negara hendaklah berunding dengan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu tentang syarat yang di bawahnya permintaan itu akan dilaksanakan atau yang di bawahnya Peguam
Negara hendaklah terhenti melaksanakannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kecualian bagi kesalahan politik