Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
suatu kesalahan terhadap nyawa atau diri seseorang Ketua
Negara atau anggota keluarga terdekat seseorang Ketua
Negara;
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 31
(b)
suatu kesalahan terhadap nyawa atau diri seseorang Ketua
Kerajaan, atau seseorang Menteri sesuatu Kerajaan;
(c)
suatu kesalahan yang diwujudkan di bawah apa-apa triti antarabangsa pelbagai hala yang Malaysia dan Negara asing yang ditetapkan itu ialah pihak kepadanya dan yang diisytiharkan dalam triti pelbagai hala berkenaan tidak dikira sebagai suatu kesalahan yang bersifat politik bagi maksud bantuan bersama dalam perkara jenayah;
(d)
apa-apa kesalahan lain yang diisytiharkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; dan
(e)
apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d).
(2)
Peguam Negara boleh menyekat pemakaian mana-mana peruntukan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi suatu permintaan daripada suatu Negara asing yang ditetapkan yang telah membuat peruntukan yang seumpama dalam undang-undangnya.
Pengambilan keterangan bagi prosiding jenayah