Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 22

(2)

Jika Peguam Negara membenarkan pengambilan keterangan di bawah subseksyen (1), Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah—

(a)

mengambil keterangan bersumpah setiap saksi yang hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berhubung dengan perkara jenayah itu seolah-olah saksi itu

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

memberikan keterangan atas pertuduhan terhadap seseorang bagi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia;

(b)

menyebabkan keterangan itu ditulis dan memperakui di hujung tulisan itu bahawa keterangan itu telah diambil olehnya; dan

(c)

menyebabkan supaya keterangan yang diperakui sedemikian dihantar kepada Peguam Negara.

(3)

Prosiding itu boleh dijalankan dengan kehadiran atau tanpa kehadiran orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berhubungan atau wakilnya di sisi undang-undang, jika ada.

(4)

Hakim Mahkamah Sesyen yang menjalankan prosiding di bawah subseksyen (2) hendaklah membenarkan orang yang berikut mempunyai wakil di sisi undang-undang dalam prosiding di hadapan

Hakim Mahkamah Sesyen itu:

(a)

orang yang dengannya prosiding di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan;

(b)

mana-mana orang lain yang memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa bahan atau barang dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen itu; dan

(c)

pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu.

(5)

Perakuan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah menyatakan sama ada orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan atau wakilnya di sisi undang-undang, jika ada, hadir dalam prosiding itu.

(6)

Undang-undang yang sedang berkuat kuasa berkenaan dengan pemaksaan orang supaya hadir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, dan untuk memberikan keterangan, menjawab soalan dan mengemukakan bahan atau barang hendaklah, setakat yang undang-undang itu berkenaan, terpakai bagi maksud seksyen ini seolah-olah

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 33

ia ialah suatu pendengaran bagi suatu pertuduhan terhadap seseorang bagi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia.

(7)

Walau apa pun subseksyen (6), bagi maksud seksyen ini, orang yang dengannya prosiding jenayah di Negara asing yang ditetapkan itu berkaitan adalah kompeten, tetapi tidak boleh dipaksa, untuk memberikan keterangan.

(8)

Walau apa pun subseksyen (6), tiada seorang pun yang dikehendaki di bawah seksyen ini supaya memberikan keterangan bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di sesuatu Negara asing yang ditetapkan boleh dikehendaki menjawab apa-apa soalan yang orang itu tidak boleh dipaksa untuk menjawabnya dalam prosiding itu di Negara asing yang ditetapkan itu.

(9)

Suatu perakuan kekebalan undang-undang asing yang diperakui dengan sewajarnya boleh diterima dalam prosiding di bawah seksyen ini sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(10)

Keterangan yang diambil di bawah seksyen ini tidak boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan selainnya bagi maksud mana-mana prosiding kehakiman, prosiding tatatertib, atau prosiding lain di Malaysia kecuali dalam pendakwaan orang yang memberikan keterangan itu bagi kesalahan sumpah bohong atau penghinaan mahkamah berkenaan dengan keterangan itu.

(11)

Walau apa pun subseksyen (10), keterangan yang diambil di bawah seksyen ini boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan orang yang memberikan keterangan itu dalam mana-mana prosiding kehakiman bagi maksud itu di bawah Akta

Keterangan 1950.

Perintah pengemukaan bagi perkara jenayah

Section 22 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002