Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 45
(a)
apa-apa perintah yang dibuat atau penghakiman yang diberikan oleh sesuatu mahkamah Negara asing yang ditetapkan yang berupa sebagai mengandungi meterai mahkamah itu atau ditandatangani oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah, hendaklah disifatkan tanpa bukti lanjut sebagai telah dimeteraikan dengan sewajarnya atau telah ditandatangani oleh orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
sesuatu dokumen, yang telah disahkan dengan sewajarnya, yang berupa sebagai salinan apa-apa perintah yang dibuat atau penghakiman yang diberikan oleh suatu mahkamah
Negara asing yang ditetapkan hendaklah disifatkan tanpa bukti lanjut sebagai salinan yang benar.
(2)
Sesuatu dokumen adalah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud perenggan (1)(b) jika dokumen itu berupa sebagai telah diperakui oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah yang berkenaan atau oleh atau bagi pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 47
Keterangan berhubung dengan prosiding dan perintah di Negara asing yang ditetapkan