Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(a)
prosiding kehakiman telah dimulakan dan belum lagi selesai, atau bahawa prosiding kehakiman akan dimulakan, di Negara asing yang ditetapkan itu;
(b)
suatu perintah pelucuthakan asing sedang berkuat kuasa dan tidak tertakluk pada rayuan;
(c)
segala atau suatu amaun tertentu jumlah wang yang kena dibayar di bawah suatu perintah pelucuthakan asing masih belum dibayar di Negara asing yang ditetapkan itu, atau bahawa harta atau peralatan lain yang boleh didapatkan di bawah suatu perintah pelucuthakan asing masih belum didapatkan di Negara asing yang ditetapkan itu;
(d)
seseorang telah dimaklumkan tentang apa-apa prosiding kehakiman mengikut undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu; atau
(e)
suatu perintah, bagaimana jua pun diperihalkan, yang dibuat oleh suatu mahkamah Negara asing yang ditetapkan itu mempunyai maksud untuk—
(i)
mendapatkan, melucuthakkan atau merampas—
(A)
bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan suatu kesalahan terhadap undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu yang merupakan suatu kesalahan berat asing, atau nilai bayaran atau ganjaran itu; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
(B)
harta yang diperoleh atau direalisasikan, secara langsung atau tidak langsung, daripada bayaran atau ganjaran lain yang diterima berkaitan dengan suatu kesalahan sedemikian atau nilai harta sedemikian; atau
(C)
peralatan atau nilai peralatan itu; atau
(ii)
melucuthakkan atau memusnahkan, atau melucuthakkan atau melupuskan selainnya, apa-apa dadah atau barang lain yang berhubungan dengannya suatu kesalahan terhadap undang-undang dadah yang bersamaan Negara asing yang ditetapkan itu telah dilakukan, atau yang telah digunakan berkaitan dengan pelakuan suatu kesalahan sedemikian, hendaklah, dalam apa-apa prosiding di mahkamah, diterima sebagai keterangan tanpa bukti lanjut.
(2)
Dalam apa-apa prosiding sedemikian, sesuatu pernyataan yang terkandung dalam dokumen yang disahkan dengan sewajarnya, yang berupa sebagai telah diterima dalam keterangan atau sebagai salinan dokumen yang diterima sedemikian, atau yang menyatakan atau meringkaskan keterangan yang diberikan dalam prosiding di sesuatu mahkamah di suatu Negara asing yang ditetapkan, boleh diterima sebagai keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan dalam dokumen itu.
(3)
Sesuatu dokumen adalah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud subseksyen (2) jika dokumen itu berupa sebagai telah diperakui oleh mana-mana orang atas sifatnya sebagai seorang hakim, majistret atau pegawai mahkamah di Negara asing yang ditetapkan itu, atau oleh atau bagi pihak suatu pihak berkuasa yang berkenaan
Negara asing yang ditetapkan itu.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan kebolehterimaan apa-apa keterangan, sama ada yang terkandung dalam apa-apa dokumen atau selainnya, yang boleh diterima selain oleh sebab seksyen ini.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 49
Permintaan bagi penggeledahan dan penyitaan