Malaysia legislation
Section 4
of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)
Seksyen 4
(2)
Meterai perbadanan Institut hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah dan hendaklah digunakan dengan kebenaran
Lembaga.
(3)
Meterai perbadanan Institut hendaklah dicapkan pada semua diploma dan sijil dan ditandatangani oleh—
(a)
Ketua Pengarah atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan
(b)
mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Institut yang sah.
(4)
Meterai Institut hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
(5)
Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeterai boleh disempurnakan mengikut cara yang sama oleh Institut; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Institut oleh Ketua Pengarah, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khusus secara bertulis oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 865
Fungsi Institut