Malaysia legislation

Section 5

of AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)

Seksyen 5

Fungsi Institut adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk menyediakan suatu kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain dan membuat apa-apa penganugerahan diploma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut;

(b)

untuk mencetak atau menerbitkan, atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan, buku tentang koperasi atau apa-apa mata pelajaran yang berkaitan dengannya;

(c)

untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu untuk mengawal selia tanggungjawab dan kawalan pegawai dan kakitangan Institut dan untuk mengenakan apa-apa fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Institut;

(d)

untuk menjalankan penyelidikan mengenai perkara koperasi;

(e)

untuk menyediakan perkhidmatan perundingan;

(f)

untuk mengendalikan kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain, secara bersesama atau bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan

(g)

untuk menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan bagi koperasi.

Kuasa Institut

Section 5 — AKTA INSTITUT KOPERASI (PEMERBADANAN) 1968 (DISEMAK—2025)