Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Bagi maksud seksyen 87, 88, 89 dan 90—
(a)
sesuatu premis atau sesuatu bahagiannya daripada apa-apa binaan atau dalam apa-apa keadaan yang akan menjadi kacau ganggu atau mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan;
(b)
sesuatu penakung, salur, alur air, sisten, jamban pam, tandas adang air, tandas, tempat buang air kecil, tangki najis, betung atau parit yang sebegitu busuk atau dalam keadaan atau yang terletak sedemikian hingga menjadi suatu kacau ganggu atau mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan;
(c)
sesuatu bangunan yang—
(i)
tidak dijaga dalam keadaan bersih dan yang tidak bebas daripada effluvia yang timbul daripada sesuatu betung, parit, tandas, tandas adang air, tangki najis, tempat buang air kecil atau kacau ganggu lain; atau
(ii)
tidak diganti udara dengan suatu cara yang akan menjadikan tidak berbahaya setakat mana yang boleh apa-apa gas, wap, abuk atau benda kotor yang lain yang terkeluar pada masa kerja itu dijalankan di dalamnya yang menjadi suatu kacau ganggu atau mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan;
(d)
apa-apa pondok atau bangsal, sama ada digunakan sebagai tempat kediaman atau sebagai kandang binatang atau bagi apa-apa maksud lain, yang menjadi suatu kacau ganggu atau mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan disebabkan oleh cara pondok atau bangsal itu terkumpul penuh sesak atau oleh tidak adanya saliran atau oleh tidak
138 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
mungkinnya sampah atau najis dapat dibuang atau oleh apa-apa sebab lain;
(e)
sesuatu lombong bata, lubang pasir atau apa-apa jenis korokan lain yang mendatangkan bencana kepada kesihatan atau gangguan kepada kawasan kejiranan atau yang digunakan bagi sesuatu maksud yang mungkin mendatangkan bencana kepada kesihatan, adalah suatu kacau ganggu yang boleh diambil tindakan secara terus mengenainya di bawah seksyen 87, 88, 89 dan 90 Akta ini.
Notis menghendaki kacau ganggu diberhentikan