Malaysia legislation
Section 59
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 59
Semua hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan semua kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang menyediakan perkhidmatan jagaan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
pembedahan, hendaklah menyenggara kemudahan penstoran darah yang sepatutnya sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Kemudahan penstoran hendaklah di bawah kawalan dan pengawasan secukupnya orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
(3)
Darah dan hasil darah dalam premis kemudahan atau perkhidmatan itu hendaklah distor dalam peti sejuk.
(4)
Peti sejuk yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi penstoran darah dan hasil darah hendaklah mempunyai sistem penggera yang mencukupi dan hendaklah kerap diperiksa dan hendaklah selainnya selamat dan cukup bagi amaun darah dan hasil darah yang hendak disimpan.
Bekalan darah yang minimum