Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Seksyen 15 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1)
subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa keseluruhan atau sebahagian daripada apa-apa cukai yang dibayar balik kepada seseorang, melainkan akibat suatu perjanjian berkenaan dengan suatu taksiran menurut subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 atau akibat suatu taksiran yang telah ditentukan atas rayuan, telah dibayar balik dengan kesilapan sama ada dari segi fakta atau undang-undang, Ketua Pengarah boleh membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu dalam amaun cukai itu atau sebahagian daripada cukai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa tiada taksiran boleh dibuat—
(a)
jika bayaran balik itu telah sebenarnya dibuat atas asas, atau mengikut, amalan
Ketua Pengarah yang terdapat pada amnya pada masa bayaran balik itu dibuat; atau
(b)
berkenaan dengan apa-apa cukai, lebih daripada lima tahun selepas cukai itu telah dibayar balik.”; dan
(b)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“atau kemungkiran yang sengaja” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, kemungkiran yang sengaja atau kecuaian”.
Kewangan (No. 2)
173
Seksyen baharu 15a