/akn/my/act/act/1972/73

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
Repealed
Enacted
1972
Sections
4
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 73 1972, currently marked repealed and first recorded in 1972.

Bahagian I

BAHAGIAN I PERMULAAN

Sekshen

Bahagian II

BAHAGIAN II

Bahagian III

BAHAGIAN III

AM

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA.

Akta 73

Suatu Akta bagi memperbadankan Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara dan bagi membuat peruntokan berkenaan dengan perkara $ ^{2} $ berhubong dengan-nya.

[ West Malaysia - 1-8-72 - PU(B) 23/72

Sarawak - 1-8-73 - PU(B) 320/73

MAKA INI-LAH DI-PERBUAT UNDANG² oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Ra'ayat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripada-nya, saperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

(2)

Akta ini hendak-lah di-pakai di-seluroh Malaysia.

1. (1) Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara, 1972.

(3)

Akta ini hendak-lah mula berkuatkuasa pada tarikh yang di-tetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta, dan tarikh $ ^{2} $ yang berlainan boleh di-tetapkan bagi berlain-lain Negeri atau bahagian dalam Malaysia.

2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain:

"ahli" erti-nya mana $ ^{2} $ ahli Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara termasok Pengerusi, Pengerusi sementara dan mana $ ^{2} $ ahli sementara yang di-lantek dibawah sekshen 3 (5);

"Kumpulanwang" erti-nya kumpulanwang yang ditubohkan di-bawah sekshen 6;

"Lembaga" erti-nya Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara yang di-tubohkan di-bawah sekshen 3;

" nakanan tarnak "

"Menteri" erti-nya Menteri yang bertanggongjawab bagi ternakan haiwan;

"Pengerusi" erti-nya Pengerusi Lembaga Kemajuan Haiwan Negara;

"Pengerusi sementara" erti-nya sa-saorang Pengerusi sementara Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara yang di-lantek di-bawah sekshen 3 (5);

"pengeluaran ternakan" termasok-lah apa² keluaran ternakan dan apa² benda makanan atau minuman yang kesemua-nya atau sa-bahagian-nya di-buat atau di-dapati dari apa² keluaran tersebut, dan daging, tulang, jeroan, tandok, bulu dan kulit ternakan;

"rumah bantai" erti-nya sa-suatu tempat menyembeleh binatang $ ^{2} $ dengan mempunyai kemudahan $ ^{2} $ yang sa-patut bagi memereksa daging;

"ternakan" termasok-lah ayam-itek.

BAHAGIAN II

3. (1) Maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu pertubohan perbadanan bernama Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (kemudian daripada ini di-sebut "Lembaga") yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas nama-nya dan, tertaklok kapada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrek dan ada mempunyai kuasa bagi memperolehi dan memegang harta aleh atau harta takaleh dan bagi melepaskan-nya atau dengan sachara lain membuat apa² urusan mengenai-nya.

(2)

Peruntokan $ ^{2} $ Jadual Pertama kapada Akta ini hendak-lah berkuatkuasa berkenaan dengan-Lembaga.

(3)

Lembaga hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ yang berikut yang di-lantek oleh Menteri:

(a)

sa-orang Pengerusi;

(b)

sa-orang Timbalan Pengerusi;

(c)

sa-orang wakil Kementerian Pertanian dan/Tanah;

(d)

sa-orang wakil Perbendaharaan;

(e)

sa-orang wakil Bahagian Haiwan, Kementerian Pertanian dan Tanah;

(9)

(f) sa-orang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan; dan

(h)

(g) tidak lebeh daripada 5 orang lagi yang berpengalaman dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara $ ^{2} $ berhubong dengan perusahaan ternakan dan keluaran ternakan atau pemasaran, kewangan dan pentadbiran.

(4)

Apabila melantek orang $ ^{2} $ yang tersebut dalam perenggan $ \angle (g) $ sekshen-kechil (3), Menteri hendak-lah memberi pertimbangan tentang perlu-nya berbagai kepentingan dan wilayah dalam Malaysia di-wakili.

(5)

Sa-orang Pengerusi sementara atau sa-orang ahli sementara boleh di-lantek dalam masa Pengerusi atau ahli Lembaga tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh sebab sakit atau tidak ada dalam Malaysia atau oleh apa $ ^{2} $ sebab lain), dan Pengerusi sementara atau ahli sementara itu hendak-lah di-lantek dengan chara sa-rupa saperti Pengerusi atau ahli di-lantek di-bawah sekshen ini.

(6)

Sa-saorang ahli hendak-lah memegang jawatan sa-lama tempoh yang di-nyatakan dalam suratchara perlantekan-nya melainkan jika ia terlebeh dahulu meletakkan jawatan-nya atau perlantekan-nya di-batalkan, dan ada-lah layak di-lantek sa-mula.

(7)

Menteri boleh memberi kapada Lembaga arahan $ ^{2} $ sa-chara am yang tidak berlawanan dengan peruntokan $ ^{2} $ Akta ini tentang menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ Lembaga.

4. (1) Tugas $ ^{2} $ Lembaga ia-lah untok—

(b)

(a) menggalak dan memajukan pengurusan yang chekap dan berkesan mengenai enterprais $ ^{2} $ ternakan dan keluaran ternakan;

(c)

(b) mengadakan, mengurus dan menyenggara rumah $ ^{2} $ bantai;

d)

(e) mengadakan dan menyelia kemudahan² kredit bagi pengeluaran ternakan dan bagi mempastikan supaya kemudahan² itu di-gunakan sa-penoh-nya; dan-

(e)

(d) mengambil bahagian dalam enterprais $ ^{2} $ ternakan dan keluaran ternakan termasok perusahaan $ ^{2} $ memproses;

(c)

bagi berniaga ternakan, keluaran ternakan dan alat kelengkapan perusahaan ternakan;

(d)

dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, mengikat penyertaan ekuiti dalam apa $ ^{2} $ enterprais ternakan dan keluaran ternakan atau dalam apa $ ^{2} $ usaha yang berniagakan atau memproses makanan ternakan; dan

(b)

bagi menjalankan usaha $ ^{2} $ mengeluarkan haiwan dan makanan ternakan;

(2)

Lembaga ada-lah berkuasa melakukan segala perkara yang menasabah perlu untok atau bersampingan dengan menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah sekshen-kechil (1) dan khusus-nya—

(a)

bagi menjalankan segala kegiatan yang pada pendapat-nya perlu, berfaedah atau sesuai untok atau berhubong dengan menjalankan tugas²-nya termasok kegiatan mengangkut, memindah, membungkus, memproses, menyimpan, memperingkat, menjual ternakan dengan lelong dan juga lain² chara pemasaran ternakan am-nya;

(e)

melakukan apa $ ^{2} $ perkara lain yang di-fikirkan patut oleh Lembaga untok membolehkan ia menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ -nya yang tersebut di-atas itu dengan berkesan.

(3)

Dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, Lembaga boleh dari sa-masa ka-samasa menubohkan suatu perbadanan dengan apa $ ^{2} $ nama yang di-fikirkan patut oleh Lembaga untok menjalankan dan mengelola, melaksana serta menguruskan sa-suatu projek, ranchangan atau enterprais yang telah di-ranchang atau di-usahakan oleh Lembaga pada menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah sekshen ini; dan peruntokan $ ^{2} $ Jadual Kedua kapada Akta ini hendak-lah; di-pakai bagi sa-suatu perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen-kechil ini.

5. (1) Timbalan Pengerusi Lembaga hendak-lah menjadi Pengurus Besar yang akan bertanggongjawab atas pentadbiran dan pengurusan hari ka-sahari hal ehwal Lembaga dan akan menjalankan apa $ ^{2} $ kewajipan dan kuasa sabagaimana yang di-amanah atau di-wakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi apabila bertindak bagi pehak Lembaga.

(2)

Lembaga boleh melantek pegawai dan penjawat yang di-fikirkan-nya perlu untok menjalankan hal ehwal Lembaga dengan chekap.

(3)

Pegawai dan penjawat Lembaga hendak-lah memegang jawatan sa-lama satu atau beberapa tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertaklok kapada apa $ ^{2} $ sharat perkhidmatan mengikut sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(4)

Pengurus Besar, pegawai dan penjawat Lembaga hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkuatkuasa di-Malaysia Barat atau dalam erti mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang bersamaan dengan-nya yang berkuatkuasa di-Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

6. (1) Bagi maksud Akta ini maka ada-lah dengan ini ditubohkan suatu kumpulanwang (kemudian daripada ini di-sebut "Kumpulanwang") yang akan di-tadbir dan di-kawal oleh Lembaga—

(a)

yang ka-dalam-nya akan di-masokkan—

(i)

apa $ ^{2} $ wang yang di-peruntokkan dari sa-masa ka-samasa oleh Parlimen;

(ii)

apa $ ^{2} $ wang yang di-dapati oleh Lembaga dalam menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah atau menurut peruntokan $ ^{2} $ Akta ini;

(v)

segala wang atau harta lain sama ada harta aleh atau harta takaleh yang mungkin dengan apa $ ^{2} $ chara kena di-bayar kapada atau terletakhak pada Lembaga;

(iii)

apa $ ^{2} $ wang yang di-dapati atau terbit dari apa $ ^{2} $ kemajuan, pelaboran, gadaijanji, gadaian atau dibenchar yang di-perolehi oleh atau terletakhak pada Lembaga;

(iv)

wang yang di-pinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan apa $ ^{2} $ tanggongan-nya atau bagi maksud menjalankan apa $ ^{2} $ tugasnya; dan

(b)

yang dari-nya akan di-bayar

(i)

semua perbelanjaan (termasok perbelanjaan modal) yang di-lakukan oleh Lembaga pada menjalankan tugas $ ^{2} $ dan kuasa $ ^{2} $ -nya; dan

(ii)

wang bagi membayar balek apa $ ^{2} $ pinjaman yang telah di-beri kapada Lembaga menurut kuasa-nya untok meminjam.

(A)

(2)

Sa-belum permulaan bulan Jun tiap $ ^{2} $ satu tahun, Lembaga hendak-lah menghantar kapada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasok perbelanjaan bagi projek $ ^{2} $ pembangunan) bagi tahun yang berikut-nya mengikut apa $ ^{2} $ bentok dan mengandongi apa $ ^{2} $ butir sa-bagaimana yang di-kehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendak-lah sa-belum permulaan bulan November tahun itu memberitahu Lembaga jumlah wang yang di-benarkan bagi perbelanjaan am-nya atau jumlah $ ^{2} $ wang yang di-benarkan bagi tiap $ ^{2} $ satu jenis perbelanjaan.

(3)

Lembaga boleh pada bila $ ^{2} $ masa menghantar kapada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana $ ^{2} $ satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana $ ^{2} $ bahagian perbelanjaan tambahan yang di-masokkan dalam anggaran tambahan itu.

7. Lembaga boleh, mengikut sharat $ ^{2} $ yang di-luluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam wang sa-banyak yang diperlukan oleh-nya bagi menjalankan sa-suatu tugas-nya.

8. Aset $ ^{2} $ Kumpulanwang, sa-takat mana yang tidak dikehendaki untok di-belanjakan oleh Lembaga di-bawah Akta ini, boleh di-laborkan mengikut chara yang di-luluskan oleh Menteri Kewangan.

9. (1) Lembaga hendak-lah menyimpan dengan sa-patutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanan-nya dan hendak-lah menyediakan penyata akaun bagi tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan.

(2)

Akaun $ ^{2} $ Lembaga hendak-lah di-odit oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Sa-lepas berakhir tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan dan sa-lepas sahaja akaun $ ^{2} $ Lembaga di-odit, Lembaga hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu mengikut chara sa-bagaimana di-kehendaki oleh Menteri di-hantar kapada Menteri, bersama dengan satu salinan apa $ ^{2} $ pandangan yang di-buat oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (2) mengenai mana $ ^{2} $ penyata atau mengenai akaun $ ^{2} $ Lembaga.

(4)

Menteri hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan tiap $ ^{2} $ satu penyata dan pandangan itu di-bentangkan dalam tiap $ ^{2} $ satu Majlis Parlimen.

(5)

Peruntokan $ ^{2} $ sekshen-kechil (4) hendak-lah di-pakai bagi penyata akaun $ ^{2} $ yang telah di-odit bagi sa-suatu perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 4 (termasok pandangan odit mengenai penyata itu dan akaun $ ^{2} $-nya).

10. Lembaga hendak-lah tidak lewat daripada 30 haribulan Jun tiap $ ^{2} $ satu tahun mengarahkan supaya di-buat dan di-hantar kapada Menteri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan $ ^{2} $ Lembaga dalam tahun yang lalu dan mengandongi apa $ ^{2} $ maklumat berhubong dengan perjalanan dan dasar Lembaga sa-bagaimana yang di-kehendaki dari sa-masa ka-samasa oleh Menteri.

10A+10B---

BAHAGIAN III

AM

11. (1) Dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh dari sa-masa ka-samasa membuat kaedah $ ^{2} $ bagi maksud menjalankan peruntokan Akta ini.

(2)

Khusus-nya dan tanpa menyentoh keluasan makna peruntokan yang di-atas, kaedah $ ^{2} $ itu boleh—

(a)

membuat peratoran bagi mengawal dan mengurus apa $ ^{2} $ bantuan (sama ada bantuan kewangan atau lain) yang mungkin di-beri kapada enterprais $ ^{2} $ ternakan dan keluaran ternakan;

(b)

mengawal pemasaran dan pembahagian ternakan dan keluaran ternakan yang di-punyai oleh dan yang di-peruntokkan bagi Lembaga;

(c)

dengan persetujuan Menteri Kewangan, mengadakan peruntokan bagi menuboh dan menguruskan kumpulanwang simpanan bercharum bagi pegawai dan penjawat Lembaga, atau bagi membayar penchen, elaun atau ganjaran kapada pegawai dan penjawat tersebut apabila bersara atau apabila berhenti memegang jawatan sa-bagai pegawai dan penjawat Lembaga; dan

(d)

menetapkan apa $ ^{2} $ perkara yang di-kehendaki oleh Akta ini supaya di-tetapkan.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

(Sekshen 3)

1. (1) Sa-saorang ahli Lembaga (lain daripada Pengerusi) hendak-lah mengosongkan jawatan-nya jika ia tidak menghadhiri meshuarat Lembaga tiga kali berturut $ ^{2} $ tanpa kebenaran bertulis dari Pengerusi.

(2)

Ahli $ ^{2} $ Lembaga atau mana $ ^{2} $ daripada mereka mengikut sa-bagaimana yang di-tentukan oleh Menteri sa-lepas berunding dengan Menteri Kewangan hendak-lah di-bayar gaji, saraan atau elaun mengikut sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Lembaga.

2. Lembaga boleh mewakilkan mana $ ^{2} $ daripada kuasa-nya yang diberi oleh Akta ini kapada mana $ ^{2} $ ahli atau pegawai-nya atau kapada mana $ ^{2} $ jawatankuasa yang di-lantek oleh-nya untok menasihat atau membantu-nya pada melaksanakan tugas $ ^{2} $-nya.

3. (1) Lembaga boleh melantek apa $ ^{2} $ jawatankuasa yang di-fikirkan-nya perlu bagi menguruskan apa $ ^{2} $ perkara berkenaan dengan tugas $ ^{2} $ Lembaga; dan tertaklok kapada perenggan-kechil (2) perenggan ini, jawatankuasa $ ^{2} $ itu hendak-lah terdiri daripada ahli Lembaga yang di-lantek oleh Lembaga.

(2)

Lembaga atau mana $ ^{2} $ jawatankuasa Lembaga boleh meminta sasiapa jua (yang bukan ahli Lembaga) menghadhiri mana $ ^{2} $ meshuarat atau perbinchangan Lembaga atau jawatankuasa bagi maksud menasihatkan-nya atas apa $ ^{2} $ perkara yang di-binchangkan, tetapi sasiapa yang hadhir sa-demikian tidak berhak mengundi dalam meshuarat atau perbinchangan tersebut itu.

(3)

Achara bagi mana $ ^{2} $ jawatankuasa yang di-lantek di-bawah perenggan-kechil (1) hendak-lah di-tetapkan oleh Lembaga.

4. (1) Koram bagi Lembaga ia-lah empat.

(2)

Dalam semua meshuarat Lembaga, Pengerusi atau jika ia tidak hadhir, Pengerusi sementara, atau jika kedua $ ^{2} $ Pengerusi dan Pengerusi sementara tidak hadhir, sa-saorang ahli sa-bagaimana di-pileh oleh $ ahli^{2} $ yang hadhir, hendak-lah mempengerusikan meshuarat itu.

(3)

Jika atas apa $ ^{2} $ soal yang hendak di-putuskan oleh Lembaga bilangan undi sama banyak-nya, Pengerusi atau Pengerusi sementara atau ahli yang mempengerusikan itu ada-lah berhak memberi undi pemutus.

(4)

Tertaklok kapada perenggan-kechil (1), (2) dan (3), Lembaga hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.

5. (1) Lembaga hendak-lah mempunyai suatu meteri dan meteri itu boleh dari sa-masa ka-samasa di-pechahkan, di-tukar, di-ubah atau dibuat baharu sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya patut:

Dengan sharat bahawa sa-hingga suatu meteri di-adakan di-bawah perenggan ini, suatu chap mengandongi perkataan "LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA" boleh di-gunakan sa-bagai suatu meteri.

(2)

Meteri Lembaga hendak-lah di-sahkan oleh Pengerusi dan saorang lagi ahli Lembaga, dan apa $ ^{2} $ suratan yang berupa sa-bagai diameterikan dengan meteri tersebut dan di-sahkan saperti tersebut diatas hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-sempurnakan dengan sahnya sa-hingga akas-nya di-buktikan.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

(Sekshen 4)

1. Dengan kelulusan Menteri, Lembaga hendak-lah, pada atau sa-belum tarikh sa-suatu perbadanan di-tubohkan di-bawah sekshen 4, membuat peratoran $ ^{2} $ mengenai perbadanan itu menyatakan—

(a)

maksud dan tujuan perbadanan itu di-tubohkan;

(b)

hak, kuasa, kewajipan dan tugas $ ^{2} $ perbadanan itu;

(c)

sistem pengurusan-nya termasok penyimpanan akaun dan rekod yang sa-patut-nya mengenai perjalanan $ ^{2} $ -nya, pengoditan akaun $ ^{2} $ itu, penghantaran kapada Menteri penyata akaun yang telah di-odit dan pandangan $ ^{2} $ odit mengenai-nya;

(d)

perhubongan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak²-nya bagi mengawal perbadanan itu.

2. Tertaklok kapada peruntokan Akta ini, sa-suatu perbadanan adalah terikat kapada apa $ ^{2} $ peratoran yang telah di-buat di-bawah perenggan 1 berkenaan dengan perbadanan itu dan peratoran $ ^{2} $ itu hendak-lah berkuatkuasa bagi segala maksud sa-olah $ ^{2} $ ia telah di-buat di-bawah Akta ini.

3. Dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh pada bila $ ^{2} $ masa meminda, membatulkan, atau menambah kapada, apa $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah perenggan 1 berkenaan dengan sa-suatu perbadanan.

4. (1) Dengan kelulusan Menteri, Lembaga boleh mengarahkan supaya sa-suatu perbadanan yang di-tubohkan oleh-nya di-gulong dan dibubarkan.

(2)

Apabila sa-suatu perbadanan di-bubarkan di-bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendak-lah di-pindahmilek dan di-letakhak pada Lembaga sa-lepas segala tanggongan-nya di-jelaskan.

(3)

Penggulongan sa-suatu perbadanan di-bawah perenggan ini hendak-lah di-lakukan mengikut chara yang di-tetapkan oleh Lembaga.

5. Tiap² perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 4 hendak-lah menjadi suatu pertubohan perbadanan mengikut apa² nama yang di-beri kapada-nya oleh Lembaga dan hendak-lah kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan di-dakwa atas namanya itu, dan boleh membuat kontrek dan boleh memegang dan boleh membuat apa² urusan mengenai apa² harta aleh atau harta takaleh dan boleh melakukan apa² perkara lain yang bersampingan dan berkenaan dengan sa-suatu pertubohan perbadanan dengan tidak berlawanan dengan peruntokan² Akta ini dan tertaklok kapada apa² sekatan atau had sa-bagaimana yang di-tetapkan bagi tiap² satu-nya oleh Lembaga.

6. (1) Tiap $ ^{2} $ perbadanan itu hendak-lah mempunyai suatu meteri yang mengandongi sa-suatu tanda sa-bagaimana yang di-luluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga, dan meteri itu boleh dari sa-masa ka-samasa di-pechahkan, di-tukar, di-ubah atau di-buat baharu oleh perbadanan itu, dengan kelulusan Lembaga, sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh perbadanan itu.

(2)

Sa-hingga suatu meteri di-adakan oleh perbadanan itu di-bawah perenggan ini, suatu chap mengandongi nama perbadanan itu boleh di-gunakan sa-bagai meteri.

(3)

Meteri, atau chap yang tersebut dalam perenggan-kechil (2) hendak-lah di-simpan dalam jagaan mana $ ^{2} $ orang yang di-arah oleh perbadanan dan hendak-lah di-sahkan oleh orang itu; dan semua suratikatan, suratan dan lain $ ^{2} $ suratchara yang berupa sa-bagai diameterikan dengan meteri itu dan yang di-sahkan sa-bagaimana tersebut di-atas hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah di-sempurnakan dengan sa-hnya sa-hingga akas-nya di-buktikan:

Dengan sharat bahawa apa² suratan atau suratchara yang jika disempurnakan oleh sa-saorang yang bukan suatu pertubohan perbadanan tidak akan di-kehendaki di-chap dengan meteri, boleh di-sempurnakan oleh perbadanan itu dengan chara demikian itu juga; atau mana² suratan atau suratchara tersebut boleh di-sempurnakan bagi pehak perbadanan oleh mana² pegawai atau penjawat perbadanan yang diberikuasa sa-chara am atau khas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.

7. Tiap $ ^{2} $ perbadanan tersebut tidak boleh meminjam wang kechuali daripada Lembaga.

Common questions

What is AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 is Malaysia Act, cited as Act 73 1972, currently marked repealed and first recorded in 1972.
Is AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 still in force?
No — AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 has been repealed.
When did AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 take effect?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 was first recorded in 1972.
How many schedules does AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 have?
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 contains 4 schedules.
Where can I read the official version of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972?
The official text of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERUSAHAAN HAIWAN NEGARA 1972 is published at lom.agc.gov.my.