Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
Seseorang yang—
(a)
menyerang, menghalang, mengadang atau mengganggu, atau enggan membenarkan seseorang pegawai yang diberi kuasa mengakses kepada mana-mana makmal patologi atau premis;
(b)
gagal untuk memberikan bantuan, atau enggan untuk memberikan maklumat yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa;
(c)
tanpa sebab yang munasabah gagal atau enggan untuk mengemukakan apa-apa benda yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa semasa menjalankan pemeriksaannya; atau
(d)
mengubah kelulusan atau lesen,
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 674
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau perkongsian