Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971

Seksyen 2

(1)

Synod Diocese Malaysia Barat dan penggantinya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun dengan nama “Synod Diocese Malaysia Barat”

kemudian daripada ini disebut Perbadanan dan hendaklah menjadi badan yang berkuasa mentadbirkan Mazhab Anglican dalam

Semenanjung Malaysia.

(2)

Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hak milik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula atau secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletakhak pada

Perbadanan dan boleh meminjamkan atau meminjam wang mengikut syarat yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tetap Perbadanan, kemudian daripada ini disebut Jawatankuasa Tetap, dan minit

Jawatankuasa Tetap itu adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai syarat tersebut.

(3)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya mengenai hartanya dan selainnya dalam semua mahkamah keadilan dan mengenai semua perkara dan guaman.

Meterai perbadanan bagi Perbadanan, dsb.

Section 2 — AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971