/akn/my/act/act/1971/36

*AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1971
Sections
5
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 is Malaysia Act, cited as Act 36 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memperbadankan Synod Diocese Malaysia Barat. [Semenanjung Malaysia—3 September 1971]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. BAHAWASANYA pada 8 April 1970 Synod Diocese Malaysia Barat telah ditubuhkan di Malaysia mengikut kuasa yang diberikan oleh Archbishop of Canterbury, sebagai Metropolitan yang mempunyai bidang kuasa mengenai Mazhab Anglican dalam Semenanjung Malaysia: DAN BAHAWASANYA Synod Diocese Malaysia Barat berhak menerima faedah dari harta alih dan harta tak alih tertentu dalam Semenanjung Malaysia yang pada masa ini terletak hak pada Setiausaha Synod Diocese Singapura yang ditubuhkan di bawah Ordinan Synod Diocese Singapura 1958 [Ord. 67 tahun 1958]: DAN BAHAWASANYA adalah suai manfaat diperbadankan Synod Diocese Malaysia Barat dan penggantinya: MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Pemerbadanan) Synod Diocese

Open as pageSuggest a correction

Malaysia Barat 1971.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 36

Perbadanan, dsb.

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(1)

Synod Diocese Malaysia Barat dan penggantinya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun dengan nama “Synod Diocese Malaysia Barat”

kemudian daripada ini disebut Perbadanan dan hendaklah menjadi badan yang berkuasa mentadbirkan Mazhab Anglican dalam

Semenanjung Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hak milik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula atau secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletakhak pada

Perbadanan dan boleh meminjamkan atau meminjam wang mengikut syarat yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tetap Perbadanan, kemudian daripada ini disebut Jawatankuasa Tetap, dan minit

Jawatankuasa Tetap itu adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai syarat tersebut.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya mengenai hartanya dan selainnya dalam semua mahkamah keadilan dan mengenai semua perkara dan guaman.

Meterai perbadanan bagi Perbadanan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai Perbadanan tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat ikatan, suratan atau surat cara lain kecuali mengikut kuasa suatu ketetapan Jawatankuasa Tetap dan di hadapan dua orang ahli

Jawatankuasa Tetap, seorang daripadanya ialah Biskop Diocese

Malaysia Barat atau Vicar-General yang dilantik oleh Biskop atau oleh

(Pemerbadanan) Synod Diocese Malaysia Barat 7

Archbishop of the Province of the Anglican Church in South-east Asia semasa berlakunya kekosongan jawatan See Malaysia Barat atau

Canselor, Bendahari, atau Setiausaha Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Semua surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang dikehendaki dimeterai dengan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan dan hendaklah juga ditandatangani oleh dua orang saksi yang disebut dalam subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Tandatangan itu adalah keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai tersebut adalah meterai Perbadanan yang sah.

Suggest a correction

(5)

Suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Biskop

Diocese Malaysia Barat atau, jika dia tidak ada, oleh Vicar-General yang dilantik oleh Biskop atau oleh Archbishop of the Province of the

Anglican Church in South-east Asia semasa berlakunya kekosongan jawatan See Malaysia Barat adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai orang yang dari semasa ke semasa menjadi ahli

Jawatankuasa Tetap dan orang yang menjadi Canselor, Bendahari dan

Setiausaha Perbadanan.

Pindah hak milik harta tertentu

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta alih dan harta tak alih yang disebut dalam subseksyen (1) dan semua harta, hak dan kepentingan mengenainya adalah dengan ini terletak hak pada Perbadanan mengenai masing-masing harta, hak dan kepentingan yang baginya ia dipegang dan Perbadanan adalah berkuasa penuh untuk mengendalikan harta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 2(2).

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 36

Suggest a correction

(3)

Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hak milik yang berkenaan hendaklah menggantikan nama pemegang berdaftar dengan nama

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa kepentingan berdaftar mengenai harta tak alih dalam Semenanjung Malaysia yang dahulunya terletak hak pada Setiausaha Synod Diocese Singapura.

Pemansuhan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Ordinan Synod Diocese Singapura 1958 adalah dengan ini dimansuhkan.

9

Akta 36

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A983

Akta (Perbadanan) Synod Diocese

02-02-1996

Malaysia Barat (Pindaan) 1997

P.U. (A) 312/2018

Perintah Penyemakan Undang-Undang

(Pembetulan Tajuk Ringkas) 2018

10

Akta 36

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

P.U. (A) 312/2018

3

Akta A983 02-02-1996

Common questions

What is AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971?
*AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 is Malaysia Act, cited as Act 36 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Is AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 still in force?
Yes — AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 is currently in force.
When did AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 take effect?
AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 was first recorded in 1971.
How many sections does AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 have?
AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 contains 5 sections.
Where can I read the official version of AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971?
The official text of AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA (PEMERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971 (No. 36)