Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Meterai Perbadanan tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat ikatan, suratan atau surat cara lain kecuali mengikut kuasa suatu ketetapan Jawatankuasa Tetap dan di hadapan dua orang ahli
Jawatankuasa Tetap, seorang daripadanya ialah Biskop Diocese
Malaysia Barat atau Vicar-General yang dilantik oleh Biskop atau oleh
(Pemerbadanan) Synod Diocese Malaysia Barat 7
Archbishop of the Province of the Anglican Church in South-east Asia semasa berlakunya kekosongan jawatan See Malaysia Barat atau
Canselor, Bendahari, atau Setiausaha Perbadanan.
(3)
Semua surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang dikehendaki dimeterai dengan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan dan hendaklah juga ditandatangani oleh dua orang saksi yang disebut dalam subseksyen (2).
(4)
Tandatangan itu adalah keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai tersebut adalah meterai Perbadanan yang sah.
(5)
Suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Biskop
Diocese Malaysia Barat atau, jika dia tidak ada, oleh Vicar-General yang dilantik oleh Biskop atau oleh Archbishop of the Province of the
Anglican Church in South-east Asia semasa berlakunya kekosongan jawatan See Malaysia Barat adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai orang yang dari semasa ke semasa menjadi ahli
Jawatankuasa Tetap dan orang yang menjadi Canselor, Bendahari dan
Setiausaha Perbadanan.
Pindah hak milik harta tertentu