Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1A)
Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1)—
(a)
dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan sebelum atau pada 1 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan pada tarikh itu;
(b)
dalam hal penerima yang menerima pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan pada atau selepas 2 Januari 2012, ialah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan kepada penerima.
(1B)
Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
Penyelarasan Pencen 13
(2)
Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan diselaraskan di bawah subseksyen 3(1) hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya —
(a)
seorang balu kepada seorang pegawai atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau
Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan 1980 [Akta 239] terpakai baginya, balu atau dudanya;
(b)
seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2.
(3)
Walau apa pun peruntukan subseksyen
(2)
dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan seseorang pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerima —
(a)
jika seorang balu kepada seorang pegawai atau, dalam hal seorang pegawai yang Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen
Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980
terpakai baginya, balu atau dudanya, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(b)
jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah berlangsung semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(c)
jika seorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(d)
jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
(4)
Untuk mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan pegawai yang berkenaan itu telah dilangsungkan selepas persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, balunya atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-duanya balu dan anak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau, dalam hal seorang pegawai yang
Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 terpakai baginya, balunya, dudanya, atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-dua duda dan anak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut hak pegawai itu tetapi hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh dua puluh tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam persaraan; dan jika kematian pegawai itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, tiada apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan adalah kena dibayar.
(5)
Walau apa pun peruntukan seksyen ini dan subseksyen 3(1), tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti, jika penerimanya —
(a)
(Dipotong oleh Akta A1169).
(b)
seorang anak, lain daripada seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2 atau dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
(c)
seorang anak yang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui didikan yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau terhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
Penyelarasan Pencen 15
Pemberian dan penyelarasan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi orang tanggungan tertentu di bawah skim lama