Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
dalam perkhidmatan di bawah skim lama dan —
(i)
dia telah atau telah pernah disahkan dalam jawatannya dan diletakkan dalam perjawatan berpencen; atau
(ii)
dia tetap akan berhak apabila bersara mendapat elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan; atau
(b)
dalam persaraan di bawah skim lama dan dia telah mendapat atau tetap berhak mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan, mengikut undang-undang bertulis atau terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi kesnya, balu atau anaknya, atau kedua-dua balu dan anaknya, jika tidak mendapat atau tidak berhak mendapat apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut layak atau hak pegawai itu mendapat pencen atau elaun tahunan yang juga dipanggil elaun persaraan.
(2)
Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(2A)
Amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan yang pertama sekali di bawah subseksyen 3(1) iailah amaun pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang telah diselaraskan sehingga 31 Disember 2012.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
(2B)
Walau apa pun subseksyen (2A), jika seseorang orang tanggungan layak untuk diberi pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan di bawah subseksyen (1) tetapi tidak dibayar pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu pada 1 Januari 2013, penyelarasan pencen terbitan atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu dibuat sehingga 31 Disember 2012 mengikut seksyen ini dan peruntukan berkaitan yang lain yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2013
sebelum pencen terbitan atau faedah lain itu diselaraskan mengikut subseksyen 3(1).
(2C)
Penyelarasan yang disebut dalam subseksyen (2) adalah tertakluk kepada apa-apa peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang dibuat di bawah subseksyen 3(2).
(3)
Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi di bawah subseksyen (1) dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar seumur hidup jika penerimanya —
(a)
seorang balu kepada seorang pegawai yang tersebut dalam perenggan (a) atau (b) subseksyen (1);
(b)
seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen
(3)
dan subseksyen 3(1), pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu selepas habisnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraan pegawai atau tarikh sebaik selepas tarikh kematian pegawai dalam perkhidmatan hanyalah boleh dibuat jika penerimanya —
(a)
jika seorang balu kepada seorang pegawai, telah berkahwin dengan pegawai itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(b)
jika seorang anak atau anak angkat tanggungan, ialah anak atau anak angkat tanggungan dari perkahwinan yang telah berlangsung semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
Penyelarasan Pencen 17
(c)
jika seseorang anak angkat, telah diangkat semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan;
(d)
jika seorang anak tidak sah taraf, telah dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan.
(5)
Untuk mengelakkan keraguan, maka adalah ditetapkan bahawa jika perkahwinan dengan pegawai berkenaan itu telah dilangsungkan selepas persaraannya dan kematiannya berlaku dalam tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, balunya, atau anak dari perkahwinan itu, atau kedua-duanya balu dan anak itu, mengikut mana yang berkenaan, adalah berhak mendapat pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan mengikut hak pegawai itu tetapi hanya selama tempoh perbezaannya antara tempoh dua puluh tahun dan tempoh selama mana pegawai itu berada dalam persaraannya; dan jika kematian pegawai itu berlaku selepas tempoh dua puluh tahun dari persaraannya, tiada apa-apa pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan adalah kena dibayar.
(6)
Walau apa pun peruntukan seksyen ini dan subseksyen 3(1), tiada apa-apa pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh dibuat atau, jika dibuat, pembayaran itu hendaklah terhenti, jika penerimanya —
(a)
(Dipotong oleh Akta A1169);
(b)
seorang anak, selain daripada seorang anak yang tersebut dalam perenggan (b) bagi pentafsiran “anak” dalam seksyen 2 atau dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang berlaku dahulu;
(c)
seorang anak yang mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui didikan yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau terhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
(7)
Pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang diberi dan diselaraskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar atau adalah kena
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 238
dibayar mengikut apa-apa kadar sebagaimana difikirkan patut oleh
Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu boleh diumpukkan semula di kalangan penerima lain yang berhak bila-bila masa sahaja seorang penerima mati atau tidak lagi berhak mendapat pembayaran itu.