Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026

Seksyen 4

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan dokumen dan keterangan yang berikut:

(a)

perjanjian penyelesaian antarabangsa asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya yang ditandatangani oleh pihak-pihak; dan

(b)

keterangan bahawa perjanjian penyelesaian antarabangsa itu terhasil daripada pengantaraan, seperti—

(i)

tandatangan pengantara yang membantu pihak-pihak kepada pengantaraan itu pada perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

(ii)

suatu dokumen yang ditandatangani oleh pengantara yang mengesahkan bahawa pengantaraan itu telah dijalankan; atau

(iii)

suatu aku saksi oleh badan atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan itu.

(3)

Dalam ketiadaan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b), pihak itu boleh mengemukakan apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh Mahkamah Tinggi untuk menyokong permohonan di bawah subseksyen (1).

(4)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1)

bersama-sama dengan dokumen yang disebut dalam perenggan (2)(a)

dan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b) atau subseksyen (3), Mahkamah Tinggi boleh merekodkan atau menolak untuk merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai suatu perintah Mahkamah Tinggi.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 881

(5)

Jika Mahkamah Tinggi merekodkan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai suatu perintah Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini—

(a)

perjanjian penyelesaian antarabangsa itu boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi; atau

(b)

mana-mana pihak boleh bergantung kepada perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai pembelaan, tolakan atau selainnya dalam mana-mana prosiding.

Penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan

Section 4 — AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026