Malaysia legislation

Section 68

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 68

(2)

Sesuatu permohonan bagi perisytiharan pembubaran di bawah subseksyen (1) hendaklah secara bertulis dan hendaklah disertai dengan—

(a)

suatu afidavit yang dibuat oleh pekongsi ditetapkan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang menyatakan—

(i)

bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu telah berhenti beroperasi dan telah menunaikan semua hutang dan liabilitinya, selain hutang dan liabiliti yang terhutang kepada pekongsinya; dan

(ii)

bahawa notis yang dikehendaki oleh subseksyen (3)

telah diberikan mengikut subseksyen itu dan tarikh yang padanya notis itu terakhir disiarkan atau diposkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

suatu salinan notis yang diberikan di bawah subseksyen (3).

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 67

(3)

Sebelum membuat sesuatu permohonan kepada Lembaga di bawah subseksyen (2), pemohon hendaklah memastikan bahawa suatu notis yang membawa maksud bahawa pemohon itu bercadang untuk memohon kepada Lembaga bagi suatu perisytiharan pembubaran perkongsian liabiliti terhad Labuan—

(a)

telah disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar

Malaysia yang diedarkan dengan meluas dan satu surat khabar kewangan antarabangsa dalam suatu iklan; dan

(b)

telah dihantar melalui pos berdaftar kepada setiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu di alamat terakhir pekongsi itu yang diketahui.

(4)

Sesuatu bantahan bertulis oleh seseorang pekongsi atau pemiutang hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu disiarkan atau diposkan, mengikut mana-mana yang terkemudian.

(5)

Apabila sesuatu bantahan bertulis terhadap pembubaran perkongsian liabiliti terhad Labuan itu diterima di bawah subseksyen (4), Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon bagi perisytiharan pembubaran itu tentang penerimaan bantahan itu dan identiti pembantah.

(6)

Lembaga boleh, dengan notis secara bertulis, mengisytiharkan bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan dibubarkan jika—

(a)

tiada bantahan diterima di bawah subseksyen (4);

(b)

pekongsi atau pemiutang, mengikut mana-mana yang berkenaan, menarik balik bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (4); atau

(c)

Lembaga memutuskan bahawa bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (4) itu tiada justifikasi.

(7)

Apabila pembubaran perkongsian liabiliti terhad Labuan di bawah subseksyen (6) diisytiharkan, Lembaga hendaklah memberitahu perkongsian liabiliti terhad Labuan itu bahawa, tertakluk pada perjanjian perkongsian bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu, ia berhak untuk membahagikan aset lebihannya di kalangan pekongsi-pekongsinya mengikut hak dan kepentingan mereka masing-masing.

Undang-Undang Malaysia 68

Akta 707

(8)

Perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah memberitahu

Lembaga bahawa aset lebihannya telah dibahagikan mengikut subseksyen (7).

(9)

Walau apa pun perisytiharan pembubaran di bawah subseksyen (6) dan pembahagian aset di bawah subseksyen (7)—

(a)

liabiliti, jika ada, bagi tiap-tiap pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah berterusan dan boleh dikuatkuasakan seolah-olah perkongsian liabiliti terhad

Labuan itu tidak dibubarkan; dan

(b)

Mahkamah Tinggi boleh menggulungkan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu mengikut Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah

Syarikat (Penggulungan) 1972, seolah-olah ia tidak dibubarkan, atau aset lebihan itu tidak dibahagikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pembatalan pembubaran

Section 68 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010