Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;
dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan sebagai bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas kapasiti itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
(2)
Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh—
(a)
pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;
Petunjuk Geografi 67
(b)
ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
(c)
pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.
Perlindungan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan orang lain