Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 10

(2)

Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah sebagai Pengerusi;

(b)

Timbalan Ketua Pengarah sebagai Timbalan Pengerusi;

(c)

Pendakwa Raya atau wakilnya; dan

(d)

mana-mana pengarah siasatan atau pengarah siasatan pengubahan wang haram daripada agensi penguat kuasa, atau pegawai lain yang sama kedudukan bagi mana-mana

Entiti Kerajaan yang lain sebagaimana yang dilantik oleh Ketua Pengarah.

(3)

Pelantikan yang dibuat di bawah perenggan (2)(d) oleh

Ketua Pengarah hendaklah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

(4)

Jawatankuasa Eksekutif hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.

(5)

Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati

Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara.

Fungsi Jawatankuasa Eksekutif

Section 10 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019