Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Kuasa untuk melabur
(1)
Wang dalam Kumpulan Wang, setakat yang tidak dikehendaki segera untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah
Akta ini, hendaklah dilaburkan keseluruhannya dalam pelaburan di Malaysia mengikut subseksyen (2).
(2)
Wang dalam Kumpulan Wang dalam subseksyen (1) boleh dilaburkan dalam—
(a)
deposit dalam—
(i)
Bank Negara Malaysia;
(ii)
bank dan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; atau
(iii)
mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diluluskan oleh
Menteri Kewangan bagi maksud di bawah Akta ini;
(b)
bon dan sekuriti Kerajaan;
(c)
pelaburan yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]; dan
(d)
apa-apa sekuriti atau pelaburan yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti” mempunyai makna yang sama seperti yang diberikan kepada “sekuriti” di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498].
Tabung Pembangunan Kemahiran 17
Kuasa tambahan Perbadanan 11.
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan keizinan
Menteri Kewangan—
(a)
jika ia ternyata diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Perbadanan, memasuki penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bersama-sama, atau selainnya, dengan—
(i)
sesuatu perusahaan, syarikat atau pengusahaan swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
(ii)
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri;
(iii)
mana-mana pihak berkuasa berkanun; atau
(iv)
sesuatu suruhanjaya; dan
(b)
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Perbadanan.
Jaminan dan tanggung rugi 12.
Perbadanan tidak boleh mengeluarkan apa-apa surat jaminan atau tanggung rugi kepada seseorang di bawah Akta ini tanpa kelulusan bertulis Menteri dan Menteri Kewangan.