Malaysia legislation

Section 13

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 13

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

(1)

Perbelanjaan Perbadanan setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri.

18

Undang-Undang Malaysia

(3)

Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan sebelum permulaan tahun yang berikutnya tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya, atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan, berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Perbadanan boleh mengemukakan kepada Menteri pada bila-bila masa suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

Section 13 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004