Malaysia legislation

Section 3

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 3

Penubuhan Kumpulan Wang

(1)

Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dinamakan

Tabung Pembangunan Kemahiran yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan ditubuhkan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;

(b)

segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;

(c)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang;

(d)

yuran tuisyen, tuntutan insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah

Akta ini;

(e)

apa-apa wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada

Perbadanan dan segala wang yang dari semasa ke semasa menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;

12

Undang-Undang Malaysia

(f)

wang yang dipinjam oleh Perbadanan;

(g)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;

(h)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipannya;

(i)

wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan; dan

(j)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang 4.

Kumpulan Wang boleh dibelanjakan bagi maksud—

(a)

memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih bagi pembayaran fi, kelengkapan dan bantuan pendidikan, dan perbelanjaan kos sara hidup dalam tempoh latihan pelatih itu dalam sesuatu program latihan kemahiran yang diluluskan;

(b)

membiayai, atau memberikan bantuan kewangan kepada, pelatih-pelatih dalam program latihan kemahiran yang diluluskan selain dengan cara pinjaman latihan kemahiran;

(c)

menjalankan kuasa tambahan Perbadanan di bawah dan mengikut seksyen 11;

(d)

membayar balik pinjaman dan apa-apa wang keluar dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e)

perbelanjaan pentadbiran, termasuk saraan, faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain pegawai dan pekhidmat

Perbadanan; dan

Tabung Pembangunan Kemahiran 13

(f)

perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan

Kumpulan Wang dan fungsi-fungsi Perbadanan termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan, atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Perbadanan, atau mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi-fungsi Perbadanan.

Section 3 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004