Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kumpulan Wang Rizab
(1)
Perbadanan bolehlah menubuh dan menguruskan suatu
Kumpulan Wang Rizab dalam Kumpulan Wang.
(2)
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, memindahkan aset ke dalam atau dari Kumpulan Wang Rizab.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), pemindahan wang ke dalam dan daripada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh
Menteri.
(4)
Kumpulan Wang Rizab hanya boleh digunakan untuk tujuan pendahuluan pinjaman latihan kemahiran dan untuk pelaburan dalam bon dan sekuriti kerajaan.