Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Kuasa untuk menggantung atau membatalkan program latihan yang diluluskan
(1)
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran di bawah seksyen 44
jika Perbadanan memutuskan bahawa program latihan berkenaan tidak lagi sesuai bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran.
32
Undang-Undang Malaysia
(2)
Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran hendaklah disampaikan oleh Ketua Eksekutif kepada tiap-tiap penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan dalam daftar yang disimpan di bawah seksyen 40
dan yang butir-butir pendaftarannya menunjukkan bahawa penyedia latihan kemahiran itu menjalankan program latihan berkenaan.
(3)
Tiada kelulusan sesuatu program latihan kemahiran boleh dibatalkan melainkan tiap-tiap penyedia latihan kemahiran yang akan terlibat dengan pembatalan dan yang berhasrat untuk membuat representasi ke atas perkara berkenaan telah diberi peluang untuk didengar.
(4)
Keputusan Perbadanan adalah muktamad dan konklusif.
(5)
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan fakta pembatalan sesuatu program latihan kemahiran yang diluluskan disiarkan untuk makluman orang ramai.