Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Pendaftaran permohonan pinjaman latihan kemahiran
(1)
Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan untuk kemudahan pinjaman latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran oleh penyedia latihan kemahiran di dalam program yang diluluskan oleh Perbadanan.
(2)
Tiap-tiap permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(3)
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
(a)
apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif; dan
(b)
apa-apa fi, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 33
(4)
Tiada fi boleh dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu permohonan oleh institusi yang dimiliki atau dikendalikan oleh Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau badan berkanun.
(5)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pinjaman latihan kemahiran dan sebelum permohonan itu diputuskan, Ketua
Eksekutif boleh melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.
(6)
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa pelanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi permohonan baru boleh dibuat oleh pemohon.
(7)
Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai Perbadanan boleh pada bila-bila masa memeriksa premis penyedia latihan kemahiran itu untuk menentusahkan kesahihan permohonan itu.
(8)
Sesuatu permohonan pinjaman latihan kemahiran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Kuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman latihan kemahiran 48.
Ketua Eksekutif boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu; atau
(b)
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakannya.
Penolakan permohonan pinjaman latihan kemahiran 49.
Permohonan pinjaman latihan kemahiran boleh ditolak atas mana-mana atau semua alasan yang berikut:
(a)
bahawa jumlah wang yang disediakan untuk pinjaman latihan kemahiran dalam anggaran tahunan di bawah seksyen 14 adalah tidak mencukupi;
34
Undang-Undang Malaysia
(b)
bahawa program latihan yang dijalankan itu bukanlah program latihan yang diluluskan;
(c)
bahawa pemohon tidak mematuhi peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan permohonan yang berkenaan;
(d)
bahawa pemohon telah memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau telah dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;
(e)
bahawa kelulusan pinjaman latihan kemahiran berkenaan dengan program latihan itu telah dibatalkan di bawah seksyen 53; atau
(f)
bahawa suatu notis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran di bawah seksyen 34 atau kelulusan program latihan di bawah seksyen 44
telah dikeluarkan.