Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Pembayaran pinjaman latihan kemahiran
(1)
Pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini hendaklah diberikan dan dibayar kepada pelatih yang layak dalam program latihan yang diluluskan dalam apa-apa jumlah wang dan cara sebagaimana yang diputuskan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
Tabung Pembangunan Kemahiran 35
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh Perbadanan bagi menentukan dan memilih pelatih yang layak mendapat pinjaman latihan kemahiran.