Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Pertukaran penyedia latihan atau program
(1)
Ketua Eksekutif boleh meluluskan mana-mana permohonan pertukaran penyedia latihan atau program latihan oleh seorang pelatih.
(2)
Suatu permohonan bagi pertukaran penyedia latihan atau program latihan hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dalam apa-apa borang sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(3)
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
(a)
apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif; dan
(b)
apa-apa fi, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.