Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Ejen pemungutan
(1)
Tanpa menjejaskan tanggungjawab dan kuasa Perbadanan untuk mendapatkan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran di bawah seksyen 55, Lembaga Hasil Dalam Negeri hendaklah dilantik sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak Perbadanan bagi mendapatkan kembali apa-apa pinjaman latihan kemahiran yang kena dibayar balik kepada Perbadanan oleh mana-mana penerima pinjaman.
(2)
Sebagai tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan, boleh melantik apa-apa bilangan ejen pemungutan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi mendapatkan kembali pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran.
38
Undang-Undang Malaysia