Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Pemulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
(1)
Adalah menjadi kewajipan penerima pinjaman untuk memulakan pembayaran balik pinjaman latihan kemahirannya kepada
Perbadanan tidak lewat dari tempoh yang ditetapkan di dalam perjanjian pinjaman.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pinjaman yang dibuat antara
Perbadanan dengan penerima pinjaman di bawah Akta ini, Ketua
Eksekutif, atas permohonan penerima pinjaman yang dibuat sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan yang dirujuk dalam subseksyen
(1)
, boleh melanjutkan tempoh masa bagi permulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Ketua Eksekutif sifatkan patut dikenakan.
Notis bagi pembayaran balik pinjaman 60.
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan dikeluarkan kepada setiap penerima pinjaman suatu notis yang menetapkan amaun dan tarikh permulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran berkenaan dengan setiap penerima pinjaman sebelum tempoh yang ditetapkan untuk pembayaran balik pinjaman tersebut.