Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
Obligasi menyimpan rahsia
(1)
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota Lembaga, anggota sesuatu jawatankuasa, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipan-kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.