Malaysia legislation

Section 92

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 92

Kuasa untuk membuat peraturan

(1)

Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.

Tabung Pembangunan Kemahiran 51

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan—

(a)

kriteria yang hendak digunakan dalam pemberian pinjaman latihan kemahiran;

(b)

borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak dilengkapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini dan bagi maksud lain di bawah Akta ini;

(c)

tatacara yang hendak diikuti dan fi atau bayaran yang hendak dikenakan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini;

(d)

bentuk yang mengikutnya sesuatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini dan catatan yang dibuat dalam daftar dan rekod;

(e)

fi atau bayaran lain yang hendak dikenakan berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan di bawah Akta ini selain daripada permohonan di bawah Akta ini;

(f)

cara perlantikan, dan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan, pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat

Perbadanan;

(g)

pembayaran ganjaran dan lain-lain faedah kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

(h)

terma-terma dan syarat-syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan ke atas sesuatu rumah, dengan syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan atau diserahhakkan kepada

Perbadanan sebagai cagaran bagi pinjaman itu;

(i)

pembayaran elaun dan faedah-faedah lain kepada anggota

Lembaga dan jawatankuasa;

(j)

apa-apa perkara yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini; dan

(k)

apa-apa perkara lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.

52

Undang-Undang Malaysia

Pindaan Jadual 93.

Menteri boleh dari semasa ke semasa meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini 94.

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan dalam menyediakan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.

Section 92 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004