Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Kesan ketiadaan lesen
(1)
Had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan tidak berlesen.
(2)
Bahagian V tidak terpakai berhubung dengan sesuatu tandatangan digital yang tidak dapat disahbetulkan oleh suatu perakuan yang dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen.
(3)
Dalam mana-mana hal lain, melainkan jika pihak-pihak itu memperuntukkan selainnya secara nyata melalui kontrak antara mereka sendiri, kehendak pelesenan di bawah Akta ini tidak menyentuh keberkesanan, kuat kuasa atau kesahan mana-mana tandatangan digital.