Malaysia legislation

Section 14

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 14

Pengembalian lesen

(1)

Jika pembatalan lesen di bawah seksyen 9 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habisnya tempoh dan tiada permohonan untuk pembaharuannya dikemukakan dalam tempoh yang dinyatakan atau jika permohonan untuk pembaharuan telah ditolak di bawah seksyen 17, maka pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari mengembalikan lesen itu kepada Suruhanjaya.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan boleh sebagai tambahan didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen itu dan mengemukakannya kepada Suruhanjaya.

24

Undang-Undang Malaysia