Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Lesen terhad
(1)
Suruhanjaya boleh mengelaskan lesen mengikut batasan yang dinyatakan termasuk—
(a)
bilangan maksimum perakuan belum selesai;
(b)
maksimum kumulatif had pergantungan yang disyorkan dalam perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen; dan
(c)
pengeluaran hanya dalam satu firma atau organisasi.
(2)
Suruhanjaya boleh mengeluarkan lesen yang dihadkan mengikut batasan setiap pengelasan.
(3)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan melebihi sekatan lesennya melakukan suatu kesalahan.
(4)
Jika sesuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengeluarkan perakuan melebihi sekatan lesennya, had liabiliti yang dinyatakan dalam Bab 8 Bahagian IV tidak terpakai bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu berhubung dengan perakuan itu.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) atau (4) boleh menyentuh kesahan atau kesan perakuan yang dikeluarkan itu.
Sekatan ke atas penggunaan ungkapan “pihak berkuasa pemerakuan”