Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Penggantungan perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan
(1)
Melainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan pelanggan bersetuju selainnya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan suatu perakuan, yang bukannya suatu perakuan
38
Undang-Undang Malaysia transaksi, hendaklah menggantung perakuan itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat puluh lapan jam—
(a)
apabila diminta oleh seseorang yang mengenal pasti dirinya sebagai pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, atau sebagai seorang yang berada dalam kedudukan yang berkemungkinan mengetahui mengenai kompromi keselamatan kunci persendirian pelanggan, seperti ejen, rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekat pelanggan itu; atau
(b)
atas perintah Suruhanjaya di bawah seksyen 33.
(2)
Pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah mengambil langkah munasabah untuk memeriksa identiti atau perejenan orang yang meminta penggantungan.