Malaysia legislation

Section 47

of AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997

Seksyen 47

Penggantungan perakuan oleh Suruhanjaya atau mahkamah

(1)

Melainkan jika perakuan itu memperuntukkan selainnya atau perakuan itu ialah suatu perakuan transaksi, Suruhanjaya atau mahkamah boleh menggantung perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen bagi suatu tempoh selama empat puluh lapan jam, jika—

(a)

seseorang yang mengenal pasti dirinya sebagai pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu atau sebagai ejen, rakan perniagaan, pekerja atau anggota keluarga terdekat pelanggan meminta penggantungan; dan

(b)

peminta membuat representasi bahawa pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan perakuan itu tidak ada.

(2)

Suruhanjaya atau mahkamah boleh menghendaki orang yang meminta penggantungan mengadakan keterangan, termasuk suatu pernyataan dengan terikat dengan sumpah atau ikrar berkenaan dengan identiti dan kuasanya, serta tidak adanya pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang mengeluarkan, dan boleh enggan menggantung perakuan itu mengikut budi bicaranya.

(3)

Suruhanjaya atau agensi penguatkuasaan undang-undang lain boleh menyiasat penggantungan oleh Suruhanjaya atau mahkamah bagi kemungkinan kesalahan oleh orang yang meminta penggantungan.

Tandatangan Digital 39

Section 47 — AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1997 | mylaw.my