Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Kewajipan untuk menyenggarakan daftar
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24D seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 24E
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan bentuk yang dalamnya suatu daftar hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini, catatan yang hendaklah dibuat dalamnya, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar itu dan pembekalan salinan cabutan itu dan fi yang hendaklah dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan itu masing-masing;
(b)
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud Akta ini."
Pindaan Jadual Pertama