Malaysia legislation

Section 9

of AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2012

Seksyen 9

"Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

(a)

dalam seksyen 10-

(i)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga."; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

"(4) Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.

(5)

Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga.

(6)

Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.";

(b)

dengan memotong seksyen 20A; dan

(c)

dengan memasukkan selepas seksyen 21 seksyen yang berikut:

"Jawatankuasa Aduan Pelajar

Section 9 — AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2012