Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perikanan (Pindaan)
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Perikanan (Pindaan) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1413 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1413
akta perikanan (pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia 2
Akta A1413
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
30 Januari 2012
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
9 Februari 2012
Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad
Perikanan (Pindaan)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perikanan (Pindaan)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 40
Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dipinda dalam seksyen 40
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), permit untuk mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia 2011 [Akta 728].
Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport apa-apa ikan hidup tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Suatu permohonan bagi permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup hendaklah dibuat mengikut Akta
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
Penguatkuasaan berhubung dengan ikan hidup di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah
Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
Opening note
Bagi maksud seksyen ini, “pintu masuk”, “stesen kuarantin”
dan “premis kuarantin” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.”.
Kecualian
Apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi dan pengeluaran permit untuk mengimport dan mengeksport apa-apa ikan hidup yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.